Sempena
Malidurrasul dan tahun baru 2015 ini aku nak mulakan atau hebahkan satu perkara
yang nampak dari segi zahirnya mudah dan senang serta di pandang sepi dan remeh
oleh kita, tapi di sisi Allah ia adalah perkara yang besar dan hebat.
Sehinggakan untuk perkara ibadat yang lain, puasa, solat haji.. Allah s.w.t
memerintahkan umat Muhammad s.a.w melaksanakannya, tetapi berkenaan Selawat,
Allahs.w.t sendiri dan malaikatnya dahulu berselawat barulah diarahkan umat
nabi berselawat.. begitulah tingginya kehebatan selawat.. Allah, raja penguasa langit dan bumi yang melakukan terlebih dahulu
barulah diarahkan hambanya..
Jadi
disini aku hendak merebut kelebihan ini dengan menyalin sedikit kelebihan-
kelebihan Selawat di dalam satu kitab yang masyhur ‘Fadhail Selawat’ karangan
Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya.
Hadith 1
Anas r.a
meriwayatkan bahawa nabi s.a.w telah bersabda, “Jika sesiapa mendengar namaku
hendaklah dia mengucap rahmat(selawat) ke atasku. Bila seseorang mengucap satu
rahmat ke atasku, Allah mengirim 10 rahmat keatasnya, mengampunkan 10
dosa-dosanya dan meninggikan 10 darjatnya (di syurga).”
Hadith 2
Hadrat
Ammar bin Yassir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t
telah melantik seorang malaikat di kuburku yang mempunyai kuasa mendengar percakapan sekalian makhluk(Allah). Bila
seorang memohon rahmat(berselawat) ke atasku, malaikat itu akan menyampaikannya
kepadaku dan memberitahu namanya dan nama bapanya.”
Hadith 3
Hadrat
Ubai bin Kaab r.a meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah
s.a.w, “berapa lamakah daku patut menghabiskan masaku untuk memohon rahmat ke
atasmu(berselawat) di dalam doaku setiap hari?” Jawab baginda, “ sebanyak-
banyak yang kamu boleh lakukan. “ Beliau bertanya lagi, “ cukupkah dengan
seperempat daripada masa itu?” Baginda
menjawab, “Terpulanglah kepada kamu tetapi jika engkau tambah lagi ia adalah
lebih baik bagimu. “Kemudian beliau menanya lagi, “Patutkah daku menghabiskan
setengah daripada masa itu?. “Terpulanglah kepada kamu tetapi jika engkau
tambah adalah lebih baik. “Hadrat Kaab sekali lagi bertanya “Adakah cukup dua
pertiga daripada masa itu? “Rasulullah s.a.w sekali lagi menjawab , “Terpulanglah
kepadamu, tetapi penambahan yang seterusnya akan menjadi terlebih baik. “
Mendengar sabdaan Rasulullah s.a.w itu, Hadrat Ubai bin Kaab r.a berkata,
“Wahai Nabi Allah, sekarang daku berazam hendak menghabiskan keseluruhan masa
itu(doa harianku) untuk memohon rahmat(berselawat) ke atas mu. “ Rasulullah
s.a.w akhirnya bersabda , “Maka segala kebimbanganmu akan dihapuskan dan segala
dosa- dosamu akan diampunkan.”
Di sini
seorang ulama telah menyenaraikan kelebihan selawat dalam kitabnya.Allamah Sakhawi
rah. Menyenaraikan kelebihannya, iaitu:
1. Allah menghantarkan rahmat
2. Para malaikat menghantarkan rahmat
3. Rasulullah s.a.w sendiri menghantar
rahmat
4. Dosa- dosa diampuni
5. Amalan baik dibersihkan
6. Darjat- darjat ditinggikan(di
akhirat)
7. Ianya penebus dosa- dosa.
8. Selawat itu memohon keampunan ke atas
si pembaca
9. Kebaikan sama dengan satu Qirat (yang
sama dengan satu gunung Uhud) di tambah ke dalam buku catitan pembaca.
10.Kebaikan- kebaikan pembaca akan
ditimbang di dalam neraca yang besar pada hari kiamat.
11.Orang yang membaca Selawat pada
seluruh masa nafilnya, segala keperluannya akan dipenuhi dan dicukupi
sebagaimana disebut dalam suatu hadith.
12.Segala kesalahan dihapuskan
13.Membaca selawat adalah lebih tinggi
daripada membebaskan hamba- hamba
14.Ia melenyapkan ketakutan dan bahaya
15.Ia selaku cara mendapat kesaksian
Rasulullah s.a.w pada hari kiamat.
16. Ia menyebabkan menerima syafaat yang
pasti dari Rasulullah s.a.w
17.Kerananya timbangan kebaikan akan
menjadi lebih berat pada hari kiamat.
18.Ia menyebabkan tertolaknya kemurkaan
Allah.
19. Ianya menyebabkan mendapat
perlindungan arasy pada hari kiamat.
20. Ia membolehkan menghampiri tempat
Haudi Kauthar pada hari kiamat.
21.Ia menjauhkan daripada api neraka.
22.Ia adalah selaku satu cara untuk
mudah melintas titi sirat.
23.Ia adalah satu cara bagi pembacanya
untuk melihat tempatnya di syurga sebelum mautnya.
24. Untuk mendapat isteri-
isteri(bidadari) di dalam syurga.
25.Ianya adalah lebih tinggi dari
berjuang di dalam perang sabil(jihad).
26.Ianya sebagai ganti zakat bagi orang
yang miskin.
27.Ianya adalah sebagai zakat(pembersih)
bagi amal- amal kebaikan.
28.Ianya menyebabkan kemakmuran.
29.Disebabkan rahmatnya, lebih daripada
seratus keperluan akan disempurnakan.
30. Ianya adalah ibadat yang pasti
kepada Allah.
31.Ianya adalah amalan baik yang paling
dicintai Allah...
Dan
seterusnya imam Sakhawi telah menyenaraikan
sehingga 44 kelebihan selawat ini, dan sebenarnya beliau menyatakan
bahawa kelebihannya sebenarnya lebih daripada itu.
Dan yang
terakhir aku menyalin semula kisah- kisah berkenaan selawat di dalam kitab fadhail
amal yang sebenarnya penulis itu sendiri mengambil dari sumber utamanya dari
kitab Zadus Said karangan hadrat Thanwi rah.
Kisah 1
Telah
dipetik daripada Minhajul Hasanat daripada Fajri Munir, ditulis oleh Ibn Fakhani rah. Bahawa terdapat seorang yang
soleh yang sering mengabdikan diri bernama Musa Darir. Beliau memberitahu satu
peristiwa yang belaku kepadanya: “Daku sedang belayar dalam sebuah bahtera yang
mulai hendak karam. Pada ketika yang sama rasa mengantuk menguasai diriku.
Dalam keadaan itu Rasulullah s.a.w mengajar aku selawat yang berikut dan
bersabda, “ orang- orang di dalam bahtera ini hendaklah membacanya seribu
kali.” Baharu sahaja selawat itu dibaca sebanyak 300 kali bahtera itu telah
kembali kepada pelayarannya yang biasa. Selawat itu adalah:
Shaikh
Majduddin rah. Penyusun Qamus juga telah menyebut peristiwa ini dan
mengesahkannya.
Kisah 2
Sebab
disusun kitab Dala’ilul Khairat sangatlah masyhur.Satu ketika penyusun kitab
ini sedang mengembara. Beliau berada di dalam keadaan yang sangat memerlukan
air untuk mengambil wudhu tetapi tidak dapat mengambilnya daripada sebuah
telaga. Ini kerana beliau tidak mempunyai timba dan tali. Melihatkannya,
seorang perempuan bertanya keperluannya. Bila beliau menceritakannya, dia
meludah kedalam telaga yang dengan kerana itu, air naik ke permukaan.
Melihatkan peristiwa ini beliau begitu terperanjat dan bertanya apakah amalan
baiknya yang menyebabkan perkara itu berlaku. Dia berkata bahawa itu hanyalah
disebabkan banyak membaca Selawat. Disebabkan peristiwa itulah beliautelah
menyusun Dala’ilul Khairat(sebuah kitab himpunan berbagai- bagai Selawat.)
Kisah 3
Menantu
Maulana Faidul Hasan daripada Sharanpur meriwayatkan kepadaku: “ rumah tempat
Maulana mati telah berbau harum selama sebulan. Daku menceritakan perkara itu
kepada Maulan aMuhammad Qasim rah. Beliau memberitahu bahawa itu adalah kerana
selawat yang dibaca oleh Maulana Faidul Hassan pada sepanjang malam tiap- tiap
jumaat.
Kisah
terakhir
Satu
peristiwa telah dipetik di dalam Raudul Fa’iq daripada hadrat Sufyan Thauri
rah. Beliau berkata : “ Satu ketika daku sedang melakukan tawaf(di Makkah).
Daku terlihat seorang yang hanya membaca selawat sepanjang masa. Dia tidak pun mebaca
doa yang lain. Daku bertanya kepadanya sebab yang dia melakukan amalan itu. Orang
itu bertanya, “ Siapa kamu?” Daku menjawab, “ Daku ialah Sufyan”. Orang itu
berkata : “ Jikalaulah kamu bukan daripada yang terbaik di dalam zaman ini,
daku tidak akan memberitahu perkara ini. Satu ketika daku pergi mengerjakan
haji ke Makkah bersama bapaku.Dia jatuh sakit di satu tempat. Daku mencarikan
ubat tetapi dia telah menghembuskan nafasnya yang akhir dan mukanya berubah
menjadi hitam. Daku begitu terperanjat dengan keadaan itu dan selepas berkata:
“Sesungguhnya! Kita kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepadaNyalah kita
dikembalikan”, daku menutupi mukanya dengan sehelai kain. Seketika kemudian
daku tertidur dan bermimpi seorang yang sangat kacak memakai pakaian yang
sangat kemas lagi bersih yang belum pernah dilihat sebelum ini. Baunya begitu
harum yang belum pernah daku hidu. Dengan segera dia datang kepada bapaku dan
selepas menyelak kain tutupan bapaku, dia membalik- balikkan tangannya di atas
muka bapaku. Kerana itu, muka bapaku menjadi cerah semula. Bila orang itu
kembali daku memegang kainnya dan bertanya: “ Semoga Allah mengasihanimu,
Siapakah kamu? Allah begitu sayang kepada bapaku disebabkan kamu.” Dia
menjawab, “Tidakkah kamu kenal daku? Dakulah Muhammad, anak kepada Abdullah.
Bapamu seorang pendosa besar tetapi dia pernah membaca selawat dengan
banyaknya. Sekarang daku memberikan syafaat kepadanya di dalam kedukaan ini.
Daku memberi syafaat kepada semua mereka yang membaca Selawat sebanyak- banyaknya.”
Begitulah
kisahnya tentang peristiwa- peristiwa orang terdahulu berkenaan dengan selawat,
jika tak banyak, sedikit pun terkesan di dalam hati kita itupun sudah cukup
untuk saya dan anda berubah menjadi lebih baik.. Saya menyalin perkataan demi
perkataan, mungkin ada dua tiga perkatan
yang terpaksa di ubah untuk menyesuaikan ayat. Yang lainnya anda boleh lihat
susunan ayatnya macamana. Tapi yang paling penting adalah manfaat yang kita
boleh dapat dari terjemahan ini..