Monday 26 August 2013

Manzil


Malam ni susah pulak nak terlelap mata ni, mungkin tertido petang tadi... jam menunjukkan jam 11.50pm.. Malam ni aku nak berkongsi tentang ayat2 manzil.. Mungkin ramai yang dah tahu ayat manzil ini.. Aku mula mengenali ayat manzil ni semasa di UTM(96-2000) semasa mengikuti usaha dakwah.. Ayat ni sebenarnya hampir sama dengan Al- mathurat.. Ayat manzil ni bukanlah rekaan atau himpunan yang di buat oleh ulama tetapi adalah daripada hadith nabi.. Hadith Sahih mengenai amalan ini terdapat dalam kitab HAYATUS SAHABAT yang dikarang oleh As Sheikhul Maulana Muhammad Yusuf RAH.(saudara kpd pengasas gerakan Dakwah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh imam Ahmad, Hakim dan Tarmidzi

 

Ubai bin Kaab r.a telah meriwayatkan : " Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.W, seorang badwi telah datang  kepada baginda dan berkata: “Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang saudara yang telah ditimpai penyakit.” Baginda s.a.w bertanya : “penyakit apa?” Jawabnya: “Sejenis gila”. Rasulullah s.a.w menyuruh orang itu membawa saudaranya. Kemudian Baginda s.a.w membaca surah Al- Fatihah, empat ayat pertama surah Al- Baqarah(2:1-4), ayat bermula dengan Waila hukum ilahu wahid(2.163), Ayat Kursi(2:255) dan dua ayat seterusnya(2:256-257), tiga ayat terakhir surah Al-Baqarah(2:284-286), ayat Syahidallahu annahu(3:18), ayat terakhir Surah Al- Mu’minun(23:118), ayat dari surah Al-Jin: Waannahu ta’ala(72:3), sepuluh ayat pertama Surah Was Syaffat (37:1-10), tiga ayat terakhir dari surah Al Hasyar (59:22-24), Surah Al-Ikhlas (112:1-4), surah Al FAlaq (113:1-5) dan surah An-Nas (114:1-6).

Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ. Penyakit yang dideritainya telah hilang.            [Kanz   Jil.1  m.212]

 

Fadzilat manzil ini terlalu banyak. Dari pengalaman orang, Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir, jin dan lain- lain.

Kalau dulu kitab kecil ni memang payah nak jumpa... tapi la ni, banyak kedai buku- buku agama dah banyak jual kitab ni.. Malah banyak pusat perubatan Islam juga aku lihat mengamalkan ayat- ayat manzil ni...

 

Di sini aku ada beberapa pengalaman untuk dikongsikan:

Kisah 1:

            Cerita ini berlaku kira- kira tahun 1998/99. Aku dan adik aku menaiki motor ke tasik bukit merah Taiping untuk menyertai pertandingan memancing. Setelah pertandingan selesai, aku dan adik aku bersiap- siap untuk pulang. Tak semena- mena aku terasa pening dan kemudian terduduk sekejap.. lalu terbaring dan tak bermaya untuk berdiri... tapi aku masih sedar apa yang berlaku disekeliling.. orang lalu lalang di r&r dan dapat melihat aku yang terbaring di satu sudut.. Aku lalu menyuruh adik aku menggagau dalam beg sandang aku dan terjumpa buku manzil.. aku menyuruhnya membaca dansetelah itu aku  minum air manzil itu.. setelah itu aku berasa sedikit kekuatan untuk berdiri walaupun tak seperti biasa.. Hasilnya aku dan adik aku dapat balik ke ipoh dengan menumpang bas yang ada di situ... Tapi besoknya aku sihat seperti biasa tanpa ke Hospital...

Kisah 2:Pada tahun 2009, isteri aku baru pulang dari mendaki bukit keledang , aku lihat anak aku berumur  2 tahun meragam dan agak meracau.. Lalu aku membaca ayat tersebut dan terus anak aku senyap dan tertidur.

Ada beberapa kisah lagi aku x cerita.. Mungkin sahabat- sahabat di luar sana ada pengalaman dalam mengamalkan ayat manzil ni.. bolehlah berkongsi..

So ‘ moral of the story’ adalah bolehlah pembaca- pembaca sekalian mengamalkan ayat manzil ini untuk masalah fizikal dan juga mistik. Simple je.. dalam 10 minit je boleh siap.. Tapi xperlulah bila ada masalah baru je nak baca... Lebih baik jadikan sebagai amalan.. Cuma kena yakinlah... kalu ragu2 hasilnya pun ragu2lh juga.. dan juga yakin bukan ayat2 tu yg menyelesaikn masalah, yang menyelesaikan masalh adalah Allah..

Tuesday 20 August 2013

MERU


So ini ‘post’ pertama aku... memang agak ‘mujahadah’ jugale nak buat... kat tempat keje memang tak sesuei le nak buat, kat rumah plak anak2 aku mmg pantang tengok benda alah ini... So, kali ini aku nak bercerita serba sedikit ttg tempat tumpah darah aku... Meru.. Bukan Meru, Klang... Meru di Ipoh.. Aku percaya ramai yang mula mengenali Meru.. Aku agak seronok nak menceritakan tentang Meru ini.. Bukan pe aku telah melihat sendiri perkembangan Meru ni.., sehingga kini ia dikatakan antara kawasan yang paling pesat membangun di Perak,Asalnya Meru ni dikatakan tempat ‘jin bertendang’, mana idaknya kalau dulu sebelum adanya lebuhraya PLUS, Meru adalah kawasan penghujung Ipoh dan juga dikatakan berdekatan dengan pergerakan komunis(rumuors), so sapele yang nak duduk kat kwasan ni..

.Berlatarbelakangkan banjaran Kledang yang indah, Meru bagi aku adalah kawasan yang paling ‘best’ bagi akule... Mana idaknye dari bangunan dan kompleks membeli belah dan hotel yang moden,  rumah di pinggir bukit, Kompleks Bas ekspress yang besar, kawasan perkelahan yang sangat dekat ,dari institut pengajian tinggi(international School/ILP) ke kompleks  pengajian pondok di tepi air terjun, kawasan jungle Trekking(rekreasi hutan simpan kledang Saiong) dan pelbagai lagi, Itu belum lagi Animation Theme Park joint venture dengan pengusaha Disneyland yang bakal di bina, Taman Meru memberikan segala yang diperlukan bagi keluarga  yang inginkan kehidupan yang mengujakan..Mana nak dapat... Ikut pengalaman aku le yang pernah berkelana ke Kedah dan Johor Bahru .. Aku mula berpindah ke Meru dengan mak pak aku pada tahun 1984 lagi, makpak aku kata dia beli tanah/lot rumah kosong bersaiz 50’x 100’ yang ketika itu hanyalah kira2 berharga RM12k, tapi la ni tanah lot tu aku rasa dah mencapai RM150k kut..

 So untuk permulaan, aku bahagikan Meru ini kepada 2 bahagian , aku nak menceritakan kawasan Meru yang mula-mula di duduki.. Iaitu kawasan yang  kalu korang lalu highway ke utara,yang sebelah kiri tu( kalu ikut arah kompas) sebenarnya kawasan itu adalah arah Selatan) So aku gelar kawasan ni ‘South Wing’ dengan izin.. manakala yang sebelah kanan highway tu ‘North Wing’.

Kawasan  South Wing ni kalu tak silap aku ia mula dibangunkan pada tahun 70an lagi. Antara taman perumahan ni:


Taman Meru 1A,Taman Meru 1B
Taman Meru IIA,Taman Meru IIB, Taman Meru IIC
Taman Meru IIIA, IIIB, IIIC
            Taman Jati, Meru Height , Puncak Meru, Meru Hills, Gerbang Meru Indah a, b, c
            1Meru, Meru Valley Golf resort..



Rumah asal di Taman Meru 1A, jangan tertipu dengan keadaan rumah tu, tanah tu saja dah lebih RM100k




                                                Salah sebuah rumah di Meru Height.





Meskipun Meru penuh dengan bangunan baru, namun suasana ini masih kekal di Meru

Asalnya kawasan- kawasan ni penduduknya majoritinya(80-90%) adalah Melayu, so bolehlah dianggap ‘Shah Alam’ Perak, tapi sejak banyak taman di buka  dikawasan South & North wing ni majoritinya aku kira sudah menurun sedikit, mungkin sekitar 70%. Dan banyak orang luar ipoh(KL) juga telah banyak membeli hartanah sekitar Meru ini, dari rumah hinggalh bangunan komersial..  Itu sebab hartanah di Meru ni harganya melambung sekitar tahun 2012-2013, bayangkan rumah teres 2 tingkat di Meru Perdana(projek MK Land) yang baru dilancar tahun ni harganya sudah mencecah RM315k!, yang mana kalu dibeli sekitar tahun 2010 harganya hanya sekitar RM150-RM170K, So aku bernasib baik juga kerana sempat membeli rumah semi-d 2 tingkat pada tahun 2009 dengan harga RM293k dengan keluasan 40’x90’ yang ketika ini aku rasa kalu nak beli jenis dan saiz camtu dikawasan ni harganya boleh mencecah dari RM400-RM700k mengikut kualiti..

Bagi North Wing pula adalah kawasan yang baru di bina.. Sebenarnya kawasan ni sudah mula diwar-warkan sekitar tahun 90an lagi, tapi aku rasa macam xde sambutan, dan perumahan yang mula dibuat pun ketika itupun  terbengkalai sehingga 5-6 tahun, dan ada yang menyesal membeli rumah dikawasan tu.. dan asalnya kawasan itu adalah kawasan estet getah/sawit yang sangat luas(.1000 ekar) dan aku masih perasan banner yang dipasang ketika itu iaitu antaranya memprotes kerajaan negeri mengambil kawasan tu oleh pekerja kuarters estet dikawasan tu. Banner kerajaan negeri yang menunjukkan kawasan itu akan membangun telah mula  di pacak sejak penghujung tahun 90an lagi... Cuma  kawasan ni mula membangun pada tahun 2009 iaitu setelah lebih sedekad diwar-warkan.. Kini selain taman perumahan, kawasan North Wing ni telah menunjukkan taringnya dengan terbinanya ‘Mini Putrajaya’ sehingga kini sudah ada 12-13 jabatan kerajaaan, “kalu tak silap, maleh nak kira”, Terminal Bas ekspress Aman Jaya, Hotel Casuarina ,Kompleks komersial yang moden, Pasaraya besar Mydin terbesar di Malaysia, International School, kawasan rekreasi hutan simpan Kledang Saiong Wilderness dan akan datang dikatakan nak buat Animation Theme Park yang terbesar di kawasan Utara.. Harap2 jadi le.. Iklan dah di pasang di tepi highway kalu korang perasan masa melepasi Tol Jelapang tu.. So korang apa lagi takkan nak tengok aje pembangunan yang pesat ni sambil orang dan bangsa asing mengambil kesempatan membeli hartanah di kawasan ni manakala bangsa kita hanya melopong melihat tanah tumpah darah kita di borong...  Akupun dah mula- mula melabur dalam bidang hartanah ini, adale beberapa biji hartanah di kawasan ni aku beli... ada yang memberi hasil ada yang kene sabo sikit... maklumle pakai beli je takde pengalaman& strategi... Cuma memang kalu mengenai perumahan, memang berkembang pesat,sebabnya kalu korang nak cari rumah nak sewa pun mmg payah, semua dah penuh.. namun, aku lihat meskipun bangunan komersial tumbuh bagaikan cendawan namun pelabur2 luar aku merasakan masih dalam fasa tunggu dan lihat, akibatnya hampir keseluruhan kompleks perniagaan masih kosong kecuali berdekatan Mydin shj.. Adakah mungkin kawasan ini ‘Malay dense population’ menyebabkan pelabur2 sekitar ipoh agak keberatan untuk membuat bisnes disini?..

Ya, memang betul anak syarikat PKNP memang berjaya mewarwarkan/membuat spekulasi pembangunan yang bakal dibina disini sehingga berjaya menarik ‘developer’ untuk membina bangunan komersial disini sehinggakan semua bangunan komersial hampir habis dijual, tapi xde sape yang berani  nak buat bisnes... Meskipun sudah ada terminal bas ekspress, Mydin dan pelbagai kompleks kerajaan.. dan ini masih belum meyakinkan lagi pemain bisnes untuk membina perniagaan mereka di sini... Adakah masih belum cukup lagi tarikan untuk pemain bisnes ni? Bagi aku pula, mungkin akan mengambil masa untuk Meru maju dalam bidang bisnes/perniagaan,paling minima pun mungkin mengambil masa dalam  5-6 tahun lagi... tapi.. jika Theme Park tu berjaya direalisasikan, maka ketika itu InsyaAllah sektor hartanah Meru Raya akan berlaku sesuatu yang positif

Monday 19 August 2013

Assalamualaikum


Assalamualaikum... Buat pertamanya aku mengalu-alukan diri aku sendiri kerana dapat menerjah ke alam tanpa sempadan ni... niat tu memang dah lama. Memandangkan umur ku pun semakin meningkat.. tapi mungkin belum ‘rezeki’ lagi.. So sebelum aku meninggalkan alam maya pada ini..sekurang- kuragnya aku nak tinggal ‘belang’ untuk tatapan umat manusia.. mungkin selagi adanya bulan dan bintang... Blog ini InsyaAllah akan mengisahkan pengalaman diri aku dan apa sahaja yang berkait atau tidak berkait dengan diri aku dari pelbagai aspek... Tapi hanya menurut sisi yang baik2 aje... kerana biasanya kita ini ada banyak sisi... sekejap jadi seperti ini, kekadang jadi macam lain plak..  mungkin pengalaman hidup aku yang tak seberapa semasa di asrama, universiti..pengalaman2  kerohanian semasa belajar,  berbisnes, membeli hartanah2, belajar2 melabur, bekerja ngan gomen, bincang pasal motor dan bermacam- macam lagi dapat meninggalkan kenangan dan sejarah, kerana pengalaman yang tidak di tulis mungkin akan dilupai serta mungkin juga dapat membuka idea pada sesape yang nak mencuba..