Sunday 15 December 2013

PULAI TREE/POKOK PULAI for sale/di jual.




Aku memang perasan dekat kebun mak aku tu ada 4 pokok hutan yang ‘sengaja’ dibiarkan dicelah- celah kebun getah... Aku rasa mesti ada sebab kenapa tok aku biarkan pokok tersebut... So hasil pencarian aku kat internet aku dapat jawapan nama salah satu pokok tersebut... POKOK PULAI... Pokok pulai ni pun ada beberapa jenis... Tak taulah pulak pokok tu jenis yang mana.. tapi secara amnya pokok Pulai ni bersifat kayu balak yang agak lembut.. biasa digunakan menjadi kayu ukiran, kasut kayu,kayu binaan, batang pensel dll... Aku ingatkan pokok Pulai ni jenis kayu balak yang keras, Sebab batang pokok tu adalah sepemeluk setengah dan agak keras..

So mak aku pun dalam ura- ura nak buat penanaman semula pokok getah ni, rasanya rugi kalau ditebang begitu sahaja pokok2 hutan itu.. Nak jual pun aku tak tahu kat sape dan berapa hargenya... Setelah mencari di internet aku telah terjumpa satu iklan berbahasa Indonesia berkenaan kayu ini bertarikh tahun 2002.. disana pun mereka panggil  kayu Pulai atau kayu pule... Nak tahu berapa depa letak?  25 000 000 rupiah..fuhh.. boleh tahan juga harganya..  kira- kira RM10000/sepokok

Bagi aku memang depa boleh letak harga macam tu kat sana... kerana pulau Jawa memang terkenal dengan ukiran kayu, topeng muka dll produk berasaskan ukiran kayu...Di tambahkan lagi pokok ini memang susah nak jumpa..

So aku pun nak jual kepada sesiapa yang nak beli Pokok Pulai aku tu.. ukurlilitnya adalah sepemeluk setengah.. Sesiapa nak beli boleh bagitau kat aku
 



Lagi 3 pokok tu aku tak tahu apa pokoknya tapi ketiga- tiga tu jenis yang sama.. Aku rasa bukan pokok balak.. Tunggu Info seterusnya tentang pokok tersebut

Pokok Gaharu/ Karas


Pokok gaharu sebesar 3 pemeluk di Hutan Simpan Kledang Saiong

Pada tahun 2009 aku telah membeli 9 anak pokok gaharu di ekspo pertanian di Sungai Siput, Perak..Kalau tak Silap sepokok harganya RM10.. Selepas itu kesemua pokok tu telah aku tanam di tanah pusaka emak aku kat Gopeng.. adale  tak sampai seekar, kebun getah tua... Selepas 4 tahun.. aku mencari semula pokok yg aku tanam... ada yang dah tenggelam dengan semak samun.. So biasalah kena gunalah tulang 4 kerat aku tu menebas dan mencari pokok- pokok tersebut.. So adalah tinggal 4 pokok jerr.. ada yang kena ganyang dengan kerbau, kena hempap pokok dll...

Hasil pencarian aku di internet berkenaan gaharu telah membawa aku kepada seorang penanam pokok gaharu yang berjaya..walaupun dia berkecimpung pada tahun yang hamper sama dengan aku, tapi sekarang ni beliau boleh dikatakan hartawan kut... dipendekkan cerita, aku telah membeli ‘inokulan’ secara dalam talian.. Inokulan adalah  sejenis cecair yang disuntik kedalam pokok tu... apa tujuannya?.

Inilah kelebihan gaharu... Pokok karas/gaharu/depu ni istimewanya ialah kalau batang pokoknya di serang oleh bacteria/penyakit, maka pokok tersebut akan melawan jangkitan tersebut, akibatnya terhasillah satu kawasan gelap(teras) dikawasan tersebut... dan pokok ini sebenarnya sudah digunakan sejak ribuan tahun dahulu... Terutamanya orang timur tengah sangat menggilai minyak wangi yang terhasil daripada teras itu... harganya boleh mencapai puluhan ribu sekilogram..

Dan sekarang ini dah semakin ramai orang menanam pokok ini secara ladang, di Kelantan, Kedah dan yang terdekat ialah di Gopeng sendiri.. apake namanya, lupa plak... Taukenya seorang Cina yang telah menanam pokok gaharu seluas beratus ekar... dan ramai pengunjung telah  melawat ladang tersebut... Tapi kalu dah ramai yang tanam dalam skala mega ni, harganya nanti pada masa depan apa akan jadi? Meskipun diwar-warkan permintaan di seluruh dunia masih tidak mencukupi .. Bagi aku pula, saja2 je tanam.. isi masa lapang.. tak rugi apapapun ya dak..

Sebelum sutikan di buat:(gambo2 sumenye tunggang terbalik, tak reti teman nak ngejasnye)
 


 inilah hasil daripada suntikan yang di buat..

 
 

 

Kalau kena caranya seperti mana encik Jamar tunjukkan dalam laman Webnya, dalam masa berbulan dah boleh kutip hasil... Tapi bagi aku yang bukannya buat perkara ini secara komersial, mungkin akan biarkan pokok tu bertahun lama... Memang, kalau nak ikutkan pokok gaharu yang dihutan tu sangat mahal kerana pokok itu berusia ratusan tahun dan menghasilkan teras bergred A... Tapi kalu orang yang hasil pencariannya dengan gaharu ni takkan nak tunggu puluhan tahun.. nak bagi anak bini makan apa?.. so dengan suntikan tulah dapat mempercepatkan pembentukan teras gaharu tu.. walaupun tak setanding dengan yang di hutan tapi harganya pun masih mahal.. so dalam tempoh 4-6 tahun dah boleh kutip hasil..

diharapkan hasil kerja aku  nanti akan jadi  seperti ini...(Credit kepada laman Web gaharucandanku milik En Jamar)

 


 

                                                   Kawasan yang gelap itulah gaharu               
 

 Kawasan yang gelap itu akan dikikis dan seterusnya di proses menjadi minyak wangi.
 

Inilah yang dikatakan sambil menyelam minum air.. Tak rugi berbudi pada tanah..
 

 
 

COMET ISON Update


Comet Ison update

Comet ison yang di canang akan menjadi ‘comet of the year’ telah menjadi semakin malap apabila perjalanannya menghampiri matahari. Ini menyebabkannya ‘di bakar’ pada suhu yang tinggi dan akibatnya ciri-ciri yang menyebabkannya bersinar telah turut sama terbakar dan mengakibatkan komet itu semain malap...

                Adakah komet ini bersamaan dengan hadith yang saya nyatakan sebelum ini? Meskipun saya tak menyemak apakah kedudukan hadith tersebut, adakah Dhaif, Sohih atau pun Maudu’.. Tapi kalau nak ikutkan perkembangan komet itu, semua cirri komet itu ada pada hadith itu Cuma satu sahaja ... iaitu cahaya sinar komet itu yang dijangkakan akan menerangi bumi seumpama bulan tidak terjadi akibat komet itu telah mengampiri orbit matahari yang menyebabkan sinarnya yang terang menjadi malap akibat dibakar dengan suhu yang tinggi.. so penduduk bumi tak dapat melihat cahaya itu secara ‘naked eye’, dan ini sebenarnya agak bertentangan dengan cerita hadith itu... yang dapat melihat gemerlapan cahaya komet itu hanyalah yang menggunakan peralatan canggih sebelum komet itu memasuki kawasan yang berdekatan dengan matahari..

                Jadi adakah komet ini, komet yang diceritakan dalam hadith itu? Wallahualam...

Yang penting kita boleh menarik nafas lega sedikit, kerana ancaman/jangkaan akan banyak berlaku fitnah yang hebat terhadap umat islam sejurus munculnya bintang itu 'mungkin' di tangguh... tapi apa sahaja boleh berlaku, kerana saya beranggapan ekonomi dan politik dunia sekarang ni begitu ‘fragile’ ... apa-apa boleh berlaku...  bersedialah dari segi iman, ekonomi, kekuatan mental dan hati..


“November 30, 9 a.m. EST: Fading continues; no activity. Filip Fratev posts again (at 8:15 UT this morning), "just measured another drop of 0.5 magnitude for the last 11 hours (20:30 – 7:18 UT). Thus it is in the range of magnitude 3.1–3.6, probably more close to 3.5." The later LASCO C3 image from 12:54 UT shows the fading very obviously.

He posts again at 15:29 UT; "ISON's brightness has dropped rapidly. I estimated the comet as between about 4.5-5.0m. Magnitude decrease was almost 0.1m per hour."

Jacob Czerny notes that the comet remnant is fading at the rate expected of a simple, inactive debris cloud moving farther from the Sun's illumination. In addition it is expanding, which means its surface brightness is dimming even faster than its total brightness.

As for what looks like a new comet tail? That turns out to be well modeled by the trajectories of particles that ceased to be emitted at perihelion two days ago. Explains Hermann Böhnhardt (Max Planck Institute for Solar System Research), "If we assume in our calculations that the comet has emitted dust at perihelion, we can reproduce the current images quite well."

Sunday 17 November 2013

"Comet of The Century" dah nak sampai!!


Adakah komet ini yang dinyatakan di dalam hadith ?.

 

 
This image, taken by Juanjo González Díaz on November 14, 2013, shows clearly some of the beautiful structures that have suddenly appeared in comet ISON's tail. Is this the beginning of a spectacular show, or the beginning of the end for comet ISON?

'Comet of the century' set to light up the night sky as it skirts just 600,000 miles from the sun - if it avoids being vapourised by 2,700-degree heat


Saidina Ali k.w.h telah mengungkapkan dalam catatannya yang bertajuk Jufr Ahmar, "Kedatangan Al-Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad, dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang jahat.”

Meskipun saya kurang pasti tentang kedudukan hadith ini, saya hanya copy ( nak cepat), tapi saya pasti melalui bacaan2 saya memang ada tentang hadith akhir zaman menceritakan tentang perkara ini

Ahli- ahli astronomi Russia telah menjumpai komet ini sejak tahun lepas lagi. Sehingga ke hari ini ahli astronomi barat  sentiasa ‘update’ tentang perjalanannya.. dan di jangka akan mendekati bumi dalam masa 2-3minggu lagi.. Apa yang menariknya adalah semua ciri- ciri komet tu  bersamaan dengan apa yang dinukilkan daripada hadith diatas.. Tuan/puan bolehlah mencari komet Ison di laman2 web... memang meriah... memang semua ternanti2..

 

Two faint tail streamers are visible between Comet ISON’s green coma and bright star near center. in this photo taken on Nov. 6. They’re possibly the beginning of an ion tail. Click to enlarge. Credit: Damian Peach


The latest pictures show a brand new tail feature emerging from the comet’s bulbous coma. For months, amateur and professional astronomers alike have watched ISON’s slowly growing dust tail that now stretches nearly half a degree or a full moon’s diameter. In the past two days, photos taken by amateur astronomers reveal what appears to be a nascent ion or gas tail. Damian Peach’s Nov. 6 image clearly shows two spindly streamers.

Read more: http://www.universetoday.com/106205/comet-ison-heats-up-grows-new-tail/#ixzz2kxUH5BBQ

If you get an exceptionally good look at Comet ISON’s tail you may be able to see that comets actually sprout two kinds of tail–an ion tail (composed of individual, electrically charged gas atoms) and a dust tail (composed of larger particles). Both tails are affected by both the solar wind and by light pressure from the sun, but they react in different ways. The ion tail always points straight away from the sun. The dust tail lags behind a bit as the comet orbits around the sun. The result is that the two tails typically show up separately, often with distinctive structures, shapes, and colors

1.      Yang pertama adalah tentang ekornya: mengikut ahli astronomi dan merujuk kepada gambar diatas. Gambar tersebut adalah gambar komet yang sebenar yang di ambil mungkin menggunakan teleskop @alat2 yang tertentu.. Dan disitu ahli astronomi telah menyatakan tentang ekornya yang menakjubkan..

 

‘The payoff is that you will get to see something rare and wonderful: A primeval ball of ices and dust grains, frozen since the time of Earth’s formation 4.5 billion years ago, vaporizing and spreading out into space. It’s also amazing to recall how small the actual comet is. Its tail may stretch millions or even tens of millions of miles across, but the solid body creating that whole spectacle is just a couple miles across!’

2.      Menurut laman2 web yang berkaitan dengan astronomi memang diakui yang komet ini mengandungi ais dan debu yang banyak..

 

The comet was discovered in September last year by two amateur astronomers using Russia's International Scientific Optical Network, ISON, who marvelled at how bright it was even beyond Jupiter's orbit.
On November 28 it will pass just 621,000 miles from the sun's surface - 150 times closer to our star than we are.It will be more than 100 times closer to the sun than the Hale-Bopp comet, one of the brightest of the last century which was visible with the naked eye for a record 18 months, passed at its peak in 1997.
As it blasts towards the sun, the intense gravitational pull will make it speed up to 234 miles per second.
The sun's rays will also heat the ball of ice, metal and rock to 2,760 degrees Celsius, making it much brighter than most comets - with some scientists claiming it could outshine the moon

Read more: http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2508374/Comet-ISON-light-night-sky-skirts-sun.html#ixzz2kxbX9900
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook





3.      Komet yang dikenali sebagai ‘comet of the century’ oleh ahli astronomi. Mereka menyatakan komet ini adalah yang paling  cerah dan bercahaya dan terang lebih daripada cahaya bulan...

Mungkin betul mungkin salah tentang komet ini... Tak salah kalau kita mencuba mengaitkannya dengan hadith tersebut... seperti mana kalau tak silap,.. sahabat@ tabiin yang berusaha untuk menawan Constantinople yang mana mereka yakin bahawa nabi bersabda bahawa Constantinople akan jatuh ke tangan orang Islam, tapi beratus tahun selepas itu rupanya hadith tu merujuk kepada tentera Muhammad Al Fateh, setelah beliau berjaya menguasainya...

Yang penting persediaan kita untuk berhadapan dengan ‘fitnah2’ akhir zaman.. meskipun di lubuk hati saya    yakin bahawa kawasan timur tengah (palestin dll) akan terjadi banyak fitnah berbanding kawasan sini,

Tapi... mana tahu.. tempiasnya akan sampai kesini juga ..seperti mana orang Islam, orang  kristian pun percaya bahawa akan berlakunya perang besar “Armageddon” di akhir zaman.. Walluahalam..

Monday 26 August 2013

Manzil


Malam ni susah pulak nak terlelap mata ni, mungkin tertido petang tadi... jam menunjukkan jam 11.50pm.. Malam ni aku nak berkongsi tentang ayat2 manzil.. Mungkin ramai yang dah tahu ayat manzil ini.. Aku mula mengenali ayat manzil ni semasa di UTM(96-2000) semasa mengikuti usaha dakwah.. Ayat ni sebenarnya hampir sama dengan Al- mathurat.. Ayat manzil ni bukanlah rekaan atau himpunan yang di buat oleh ulama tetapi adalah daripada hadith nabi.. Hadith Sahih mengenai amalan ini terdapat dalam kitab HAYATUS SAHABAT yang dikarang oleh As Sheikhul Maulana Muhammad Yusuf RAH.(saudara kpd pengasas gerakan Dakwah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh imam Ahmad, Hakim dan Tarmidzi

 

Ubai bin Kaab r.a telah meriwayatkan : " Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.W, seorang badwi telah datang  kepada baginda dan berkata: “Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang saudara yang telah ditimpai penyakit.” Baginda s.a.w bertanya : “penyakit apa?” Jawabnya: “Sejenis gila”. Rasulullah s.a.w menyuruh orang itu membawa saudaranya. Kemudian Baginda s.a.w membaca surah Al- Fatihah, empat ayat pertama surah Al- Baqarah(2:1-4), ayat bermula dengan Waila hukum ilahu wahid(2.163), Ayat Kursi(2:255) dan dua ayat seterusnya(2:256-257), tiga ayat terakhir surah Al-Baqarah(2:284-286), ayat Syahidallahu annahu(3:18), ayat terakhir Surah Al- Mu’minun(23:118), ayat dari surah Al-Jin: Waannahu ta’ala(72:3), sepuluh ayat pertama Surah Was Syaffat (37:1-10), tiga ayat terakhir dari surah Al Hasyar (59:22-24), Surah Al-Ikhlas (112:1-4), surah Al FAlaq (113:1-5) dan surah An-Nas (114:1-6).

Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ. Penyakit yang dideritainya telah hilang.            [Kanz   Jil.1  m.212]

 

Fadzilat manzil ini terlalu banyak. Dari pengalaman orang, Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir, jin dan lain- lain.

Kalau dulu kitab kecil ni memang payah nak jumpa... tapi la ni, banyak kedai buku- buku agama dah banyak jual kitab ni.. Malah banyak pusat perubatan Islam juga aku lihat mengamalkan ayat- ayat manzil ni...

 

Di sini aku ada beberapa pengalaman untuk dikongsikan:

Kisah 1:

            Cerita ini berlaku kira- kira tahun 1998/99. Aku dan adik aku menaiki motor ke tasik bukit merah Taiping untuk menyertai pertandingan memancing. Setelah pertandingan selesai, aku dan adik aku bersiap- siap untuk pulang. Tak semena- mena aku terasa pening dan kemudian terduduk sekejap.. lalu terbaring dan tak bermaya untuk berdiri... tapi aku masih sedar apa yang berlaku disekeliling.. orang lalu lalang di r&r dan dapat melihat aku yang terbaring di satu sudut.. Aku lalu menyuruh adik aku menggagau dalam beg sandang aku dan terjumpa buku manzil.. aku menyuruhnya membaca dansetelah itu aku  minum air manzil itu.. setelah itu aku berasa sedikit kekuatan untuk berdiri walaupun tak seperti biasa.. Hasilnya aku dan adik aku dapat balik ke ipoh dengan menumpang bas yang ada di situ... Tapi besoknya aku sihat seperti biasa tanpa ke Hospital...

Kisah 2:Pada tahun 2009, isteri aku baru pulang dari mendaki bukit keledang , aku lihat anak aku berumur  2 tahun meragam dan agak meracau.. Lalu aku membaca ayat tersebut dan terus anak aku senyap dan tertidur.

Ada beberapa kisah lagi aku x cerita.. Mungkin sahabat- sahabat di luar sana ada pengalaman dalam mengamalkan ayat manzil ni.. bolehlah berkongsi..

So ‘ moral of the story’ adalah bolehlah pembaca- pembaca sekalian mengamalkan ayat manzil ini untuk masalah fizikal dan juga mistik. Simple je.. dalam 10 minit je boleh siap.. Tapi xperlulah bila ada masalah baru je nak baca... Lebih baik jadikan sebagai amalan.. Cuma kena yakinlah... kalu ragu2 hasilnya pun ragu2lh juga.. dan juga yakin bukan ayat2 tu yg menyelesaikn masalah, yang menyelesaikan masalh adalah Allah..

Tuesday 20 August 2013

MERU


So ini ‘post’ pertama aku... memang agak ‘mujahadah’ jugale nak buat... kat tempat keje memang tak sesuei le nak buat, kat rumah plak anak2 aku mmg pantang tengok benda alah ini... So, kali ini aku nak bercerita serba sedikit ttg tempat tumpah darah aku... Meru.. Bukan Meru, Klang... Meru di Ipoh.. Aku percaya ramai yang mula mengenali Meru.. Aku agak seronok nak menceritakan tentang Meru ini.. Bukan pe aku telah melihat sendiri perkembangan Meru ni.., sehingga kini ia dikatakan antara kawasan yang paling pesat membangun di Perak,Asalnya Meru ni dikatakan tempat ‘jin bertendang’, mana idaknya kalau dulu sebelum adanya lebuhraya PLUS, Meru adalah kawasan penghujung Ipoh dan juga dikatakan berdekatan dengan pergerakan komunis(rumuors), so sapele yang nak duduk kat kwasan ni..

.Berlatarbelakangkan banjaran Kledang yang indah, Meru bagi aku adalah kawasan yang paling ‘best’ bagi akule... Mana idaknye dari bangunan dan kompleks membeli belah dan hotel yang moden,  rumah di pinggir bukit, Kompleks Bas ekspress yang besar, kawasan perkelahan yang sangat dekat ,dari institut pengajian tinggi(international School/ILP) ke kompleks  pengajian pondok di tepi air terjun, kawasan jungle Trekking(rekreasi hutan simpan kledang Saiong) dan pelbagai lagi, Itu belum lagi Animation Theme Park joint venture dengan pengusaha Disneyland yang bakal di bina, Taman Meru memberikan segala yang diperlukan bagi keluarga  yang inginkan kehidupan yang mengujakan..Mana nak dapat... Ikut pengalaman aku le yang pernah berkelana ke Kedah dan Johor Bahru .. Aku mula berpindah ke Meru dengan mak pak aku pada tahun 1984 lagi, makpak aku kata dia beli tanah/lot rumah kosong bersaiz 50’x 100’ yang ketika itu hanyalah kira2 berharga RM12k, tapi la ni tanah lot tu aku rasa dah mencapai RM150k kut..

 So untuk permulaan, aku bahagikan Meru ini kepada 2 bahagian , aku nak menceritakan kawasan Meru yang mula-mula di duduki.. Iaitu kawasan yang  kalu korang lalu highway ke utara,yang sebelah kiri tu( kalu ikut arah kompas) sebenarnya kawasan itu adalah arah Selatan) So aku gelar kawasan ni ‘South Wing’ dengan izin.. manakala yang sebelah kanan highway tu ‘North Wing’.

Kawasan  South Wing ni kalu tak silap aku ia mula dibangunkan pada tahun 70an lagi. Antara taman perumahan ni:


Taman Meru 1A,Taman Meru 1B
Taman Meru IIA,Taman Meru IIB, Taman Meru IIC
Taman Meru IIIA, IIIB, IIIC
            Taman Jati, Meru Height , Puncak Meru, Meru Hills, Gerbang Meru Indah a, b, c
            1Meru, Meru Valley Golf resort..



Rumah asal di Taman Meru 1A, jangan tertipu dengan keadaan rumah tu, tanah tu saja dah lebih RM100k




                                                Salah sebuah rumah di Meru Height.





Meskipun Meru penuh dengan bangunan baru, namun suasana ini masih kekal di Meru

Asalnya kawasan- kawasan ni penduduknya majoritinya(80-90%) adalah Melayu, so bolehlah dianggap ‘Shah Alam’ Perak, tapi sejak banyak taman di buka  dikawasan South & North wing ni majoritinya aku kira sudah menurun sedikit, mungkin sekitar 70%. Dan banyak orang luar ipoh(KL) juga telah banyak membeli hartanah sekitar Meru ini, dari rumah hinggalh bangunan komersial..  Itu sebab hartanah di Meru ni harganya melambung sekitar tahun 2012-2013, bayangkan rumah teres 2 tingkat di Meru Perdana(projek MK Land) yang baru dilancar tahun ni harganya sudah mencecah RM315k!, yang mana kalu dibeli sekitar tahun 2010 harganya hanya sekitar RM150-RM170K, So aku bernasib baik juga kerana sempat membeli rumah semi-d 2 tingkat pada tahun 2009 dengan harga RM293k dengan keluasan 40’x90’ yang ketika ini aku rasa kalu nak beli jenis dan saiz camtu dikawasan ni harganya boleh mencecah dari RM400-RM700k mengikut kualiti..

Bagi North Wing pula adalah kawasan yang baru di bina.. Sebenarnya kawasan ni sudah mula diwar-warkan sekitar tahun 90an lagi, tapi aku rasa macam xde sambutan, dan perumahan yang mula dibuat pun ketika itupun  terbengkalai sehingga 5-6 tahun, dan ada yang menyesal membeli rumah dikawasan tu.. dan asalnya kawasan itu adalah kawasan estet getah/sawit yang sangat luas(.1000 ekar) dan aku masih perasan banner yang dipasang ketika itu iaitu antaranya memprotes kerajaan negeri mengambil kawasan tu oleh pekerja kuarters estet dikawasan tu. Banner kerajaan negeri yang menunjukkan kawasan itu akan membangun telah mula  di pacak sejak penghujung tahun 90an lagi... Cuma  kawasan ni mula membangun pada tahun 2009 iaitu setelah lebih sedekad diwar-warkan.. Kini selain taman perumahan, kawasan North Wing ni telah menunjukkan taringnya dengan terbinanya ‘Mini Putrajaya’ sehingga kini sudah ada 12-13 jabatan kerajaaan, “kalu tak silap, maleh nak kira”, Terminal Bas ekspress Aman Jaya, Hotel Casuarina ,Kompleks komersial yang moden, Pasaraya besar Mydin terbesar di Malaysia, International School, kawasan rekreasi hutan simpan Kledang Saiong Wilderness dan akan datang dikatakan nak buat Animation Theme Park yang terbesar di kawasan Utara.. Harap2 jadi le.. Iklan dah di pasang di tepi highway kalu korang perasan masa melepasi Tol Jelapang tu.. So korang apa lagi takkan nak tengok aje pembangunan yang pesat ni sambil orang dan bangsa asing mengambil kesempatan membeli hartanah di kawasan ni manakala bangsa kita hanya melopong melihat tanah tumpah darah kita di borong...  Akupun dah mula- mula melabur dalam bidang hartanah ini, adale beberapa biji hartanah di kawasan ni aku beli... ada yang memberi hasil ada yang kene sabo sikit... maklumle pakai beli je takde pengalaman& strategi... Cuma memang kalu mengenai perumahan, memang berkembang pesat,sebabnya kalu korang nak cari rumah nak sewa pun mmg payah, semua dah penuh.. namun, aku lihat meskipun bangunan komersial tumbuh bagaikan cendawan namun pelabur2 luar aku merasakan masih dalam fasa tunggu dan lihat, akibatnya hampir keseluruhan kompleks perniagaan masih kosong kecuali berdekatan Mydin shj.. Adakah mungkin kawasan ini ‘Malay dense population’ menyebabkan pelabur2 sekitar ipoh agak keberatan untuk membuat bisnes disini?..

Ya, memang betul anak syarikat PKNP memang berjaya mewarwarkan/membuat spekulasi pembangunan yang bakal dibina disini sehingga berjaya menarik ‘developer’ untuk membina bangunan komersial disini sehinggakan semua bangunan komersial hampir habis dijual, tapi xde sape yang berani  nak buat bisnes... Meskipun sudah ada terminal bas ekspress, Mydin dan pelbagai kompleks kerajaan.. dan ini masih belum meyakinkan lagi pemain bisnes untuk membina perniagaan mereka di sini... Adakah masih belum cukup lagi tarikan untuk pemain bisnes ni? Bagi aku pula, mungkin akan mengambil masa untuk Meru maju dalam bidang bisnes/perniagaan,paling minima pun mungkin mengambil masa dalam  5-6 tahun lagi... tapi.. jika Theme Park tu berjaya direalisasikan, maka ketika itu InsyaAllah sektor hartanah Meru Raya akan berlaku sesuatu yang positif

Monday 19 August 2013

Assalamualaikum


Assalamualaikum... Buat pertamanya aku mengalu-alukan diri aku sendiri kerana dapat menerjah ke alam tanpa sempadan ni... niat tu memang dah lama. Memandangkan umur ku pun semakin meningkat.. tapi mungkin belum ‘rezeki’ lagi.. So sebelum aku meninggalkan alam maya pada ini..sekurang- kuragnya aku nak tinggal ‘belang’ untuk tatapan umat manusia.. mungkin selagi adanya bulan dan bintang... Blog ini InsyaAllah akan mengisahkan pengalaman diri aku dan apa sahaja yang berkait atau tidak berkait dengan diri aku dari pelbagai aspek... Tapi hanya menurut sisi yang baik2 aje... kerana biasanya kita ini ada banyak sisi... sekejap jadi seperti ini, kekadang jadi macam lain plak..  mungkin pengalaman hidup aku yang tak seberapa semasa di asrama, universiti..pengalaman2  kerohanian semasa belajar,  berbisnes, membeli hartanah2, belajar2 melabur, bekerja ngan gomen, bincang pasal motor dan bermacam- macam lagi dapat meninggalkan kenangan dan sejarah, kerana pengalaman yang tidak di tulis mungkin akan dilupai serta mungkin juga dapat membuka idea pada sesape yang nak mencuba..