Sunday, 15 December 2013

Pokok Gaharu/ Karas


Pokok gaharu sebesar 3 pemeluk di Hutan Simpan Kledang Saiong

Pada tahun 2009 aku telah membeli 9 anak pokok gaharu di ekspo pertanian di Sungai Siput, Perak..Kalau tak Silap sepokok harganya RM10.. Selepas itu kesemua pokok tu telah aku tanam di tanah pusaka emak aku kat Gopeng.. adale  tak sampai seekar, kebun getah tua... Selepas 4 tahun.. aku mencari semula pokok yg aku tanam... ada yang dah tenggelam dengan semak samun.. So biasalah kena gunalah tulang 4 kerat aku tu menebas dan mencari pokok- pokok tersebut.. So adalah tinggal 4 pokok jerr.. ada yang kena ganyang dengan kerbau, kena hempap pokok dll...

Hasil pencarian aku di internet berkenaan gaharu telah membawa aku kepada seorang penanam pokok gaharu yang berjaya..walaupun dia berkecimpung pada tahun yang hamper sama dengan aku, tapi sekarang ni beliau boleh dikatakan hartawan kut... dipendekkan cerita, aku telah membeli ‘inokulan’ secara dalam talian.. Inokulan adalah  sejenis cecair yang disuntik kedalam pokok tu... apa tujuannya?.

Inilah kelebihan gaharu... Pokok karas/gaharu/depu ni istimewanya ialah kalau batang pokoknya di serang oleh bacteria/penyakit, maka pokok tersebut akan melawan jangkitan tersebut, akibatnya terhasillah satu kawasan gelap(teras) dikawasan tersebut... dan pokok ini sebenarnya sudah digunakan sejak ribuan tahun dahulu... Terutamanya orang timur tengah sangat menggilai minyak wangi yang terhasil daripada teras itu... harganya boleh mencapai puluhan ribu sekilogram..

Dan sekarang ini dah semakin ramai orang menanam pokok ini secara ladang, di Kelantan, Kedah dan yang terdekat ialah di Gopeng sendiri.. apake namanya, lupa plak... Taukenya seorang Cina yang telah menanam pokok gaharu seluas beratus ekar... dan ramai pengunjung telah  melawat ladang tersebut... Tapi kalu dah ramai yang tanam dalam skala mega ni, harganya nanti pada masa depan apa akan jadi? Meskipun diwar-warkan permintaan di seluruh dunia masih tidak mencukupi .. Bagi aku pula, saja2 je tanam.. isi masa lapang.. tak rugi apapapun ya dak..

Sebelum sutikan di buat:(gambo2 sumenye tunggang terbalik, tak reti teman nak ngejasnye)
 


 inilah hasil daripada suntikan yang di buat..

 
 

 

Kalau kena caranya seperti mana encik Jamar tunjukkan dalam laman Webnya, dalam masa berbulan dah boleh kutip hasil... Tapi bagi aku yang bukannya buat perkara ini secara komersial, mungkin akan biarkan pokok tu bertahun lama... Memang, kalau nak ikutkan pokok gaharu yang dihutan tu sangat mahal kerana pokok itu berusia ratusan tahun dan menghasilkan teras bergred A... Tapi kalu orang yang hasil pencariannya dengan gaharu ni takkan nak tunggu puluhan tahun.. nak bagi anak bini makan apa?.. so dengan suntikan tulah dapat mempercepatkan pembentukan teras gaharu tu.. walaupun tak setanding dengan yang di hutan tapi harganya pun masih mahal.. so dalam tempoh 4-6 tahun dah boleh kutip hasil..

diharapkan hasil kerja aku  nanti akan jadi  seperti ini...(Credit kepada laman Web gaharucandanku milik En Jamar)

 


 

                                                   Kawasan yang gelap itulah gaharu               
 

 Kawasan yang gelap itu akan dikikis dan seterusnya di proses menjadi minyak wangi.
 

Inilah yang dikatakan sambil menyelam minum air.. Tak rugi berbudi pada tanah..
 

 
 

No comments:

Post a Comment