Sunday, 4 January 2015

Agungnya Selawat Nabi


Sempena Malidurrasul dan tahun baru 2015 ini aku nak mulakan atau hebahkan satu perkara yang nampak dari segi zahirnya mudah dan senang serta di pandang sepi dan remeh oleh kita, tapi di sisi Allah ia adalah perkara yang besar dan hebat. Sehinggakan untuk perkara ibadat yang lain, puasa, solat haji.. Allah s.w.t memerintahkan umat Muhammad s.a.w melaksanakannya, tetapi berkenaan Selawat, Allahs.w.t sendiri dan malaikatnya dahulu berselawat barulah diarahkan umat nabi berselawat.. begitulah tingginya kehebatan selawat.. Allah, raja penguasa  langit dan bumi yang melakukan terlebih dahulu barulah diarahkan hambanya..

Jadi disini aku hendak merebut kelebihan ini dengan menyalin sedikit kelebihan- kelebihan Selawat di dalam satu kitab yang masyhur ‘Fadhail Selawat’ karangan Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya.

Hadith 1

Anas r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w telah bersabda, “Jika sesiapa mendengar namaku hendaklah dia mengucap rahmat(selawat) ke atasku. Bila seseorang mengucap satu rahmat ke atasku, Allah mengirim 10 rahmat keatasnya, mengampunkan 10 dosa-dosanya dan meninggikan 10 darjatnya (di syurga).”

Hadith 2

Hadrat Ammar bin Yassir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t telah melantik seorang malaikat di kuburku yang mempunyai kuasa mendengar  percakapan sekalian makhluk(Allah). Bila seorang memohon rahmat(berselawat) ke atasku, malaikat itu akan menyampaikannya kepadaku dan memberitahu namanya dan nama bapanya.”

Hadith 3

Hadrat Ubai bin Kaab r.a meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “berapa lamakah daku patut menghabiskan masaku untuk memohon rahmat ke atasmu(berselawat) di dalam doaku setiap hari?” Jawab baginda, “ sebanyak- banyak yang kamu boleh lakukan. “ Beliau bertanya lagi, “ cukupkah dengan seperempat daripada masa itu?”  Baginda menjawab, “Terpulanglah kepada kamu tetapi jika engkau tambah lagi ia adalah lebih baik bagimu. “Kemudian beliau menanya lagi, “Patutkah daku menghabiskan setengah daripada masa itu?. “Terpulanglah kepada kamu tetapi jika engkau tambah adalah lebih baik. “Hadrat Kaab sekali lagi bertanya “Adakah cukup dua pertiga daripada masa itu? “Rasulullah s.a.w sekali lagi menjawab , “Terpulanglah kepadamu, tetapi penambahan yang seterusnya akan menjadi terlebih baik. “ Mendengar sabdaan Rasulullah s.a.w itu, Hadrat Ubai bin Kaab r.a berkata, “Wahai Nabi Allah, sekarang daku berazam hendak menghabiskan keseluruhan masa itu(doa harianku) untuk memohon rahmat(berselawat) ke atas mu. “ Rasulullah s.a.w akhirnya bersabda , “Maka segala kebimbanganmu akan dihapuskan dan segala dosa- dosamu akan diampunkan.”

Di sini seorang ulama telah menyenaraikan kelebihan selawat dalam kitabnya.Allamah Sakhawi rah. Menyenaraikan kelebihannya, iaitu:

1.    Allah menghantarkan rahmat

2.    Para malaikat menghantarkan rahmat

3.    Rasulullah s.a.w sendiri menghantar rahmat

4.    Dosa- dosa diampuni

5.    Amalan baik dibersihkan

6.    Darjat- darjat ditinggikan(di akhirat)

7.    Ianya penebus dosa- dosa.

8.    Selawat itu memohon keampunan ke atas si pembaca

9.    Kebaikan sama dengan satu Qirat (yang sama dengan satu gunung Uhud) di tambah ke dalam buku catitan pembaca.

10.Kebaikan- kebaikan pembaca akan ditimbang di dalam neraca yang besar pada hari kiamat.

11.Orang yang membaca Selawat pada seluruh masa nafilnya, segala keperluannya akan dipenuhi dan dicukupi sebagaimana disebut dalam suatu hadith.

12.Segala kesalahan dihapuskan

13.Membaca selawat adalah lebih tinggi daripada membebaskan hamba- hamba

14.Ia melenyapkan ketakutan dan bahaya

15.Ia selaku cara mendapat kesaksian Rasulullah s.a.w pada hari kiamat.

16. Ia menyebabkan menerima syafaat yang pasti dari Rasulullah s.a.w

17.Kerananya timbangan kebaikan akan menjadi lebih berat pada hari kiamat.

18.Ia menyebabkan tertolaknya kemurkaan Allah.

19. Ianya menyebabkan mendapat perlindungan arasy pada hari kiamat.

20. Ia membolehkan menghampiri tempat Haudi Kauthar pada hari kiamat.

21.Ia menjauhkan daripada api neraka.

22.Ia adalah selaku satu cara untuk mudah melintas titi sirat.

23.Ia adalah satu cara bagi pembacanya untuk melihat tempatnya di syurga sebelum mautnya.

24. Untuk mendapat isteri- isteri(bidadari) di dalam syurga.

25.Ianya adalah lebih tinggi dari berjuang di dalam perang sabil(jihad).

26.Ianya sebagai ganti zakat bagi orang yang miskin.

27.Ianya adalah sebagai zakat(pembersih) bagi amal- amal kebaikan.

28.Ianya menyebabkan kemakmuran.

29.Disebabkan rahmatnya, lebih daripada seratus keperluan akan disempurnakan.

30. Ianya adalah ibadat yang pasti kepada Allah.

31.Ianya adalah amalan baik yang paling dicintai Allah...

Dan seterusnya imam Sakhawi telah menyenaraikan  sehingga 44 kelebihan selawat ini, dan sebenarnya beliau menyatakan bahawa kelebihannya sebenarnya lebih daripada itu.

Dan yang terakhir aku menyalin semula kisah- kisah berkenaan selawat di dalam kitab fadhail amal yang sebenarnya penulis itu sendiri mengambil dari sumber utamanya dari kitab Zadus Said karangan hadrat Thanwi rah.

Kisah 1

Telah dipetik daripada Minhajul Hasanat daripada Fajri Munir, ditulis oleh  Ibn Fakhani rah. Bahawa terdapat seorang yang soleh yang sering mengabdikan diri bernama Musa Darir. Beliau memberitahu satu peristiwa yang belaku kepadanya: “Daku sedang belayar dalam sebuah bahtera yang mulai hendak karam. Pada ketika yang sama rasa mengantuk menguasai diriku. Dalam keadaan itu Rasulullah s.a.w mengajar aku selawat yang berikut dan bersabda, “ orang- orang di dalam bahtera ini hendaklah membacanya seribu kali.” Baharu sahaja selawat itu dibaca sebanyak 300 kali bahtera itu telah kembali kepada pelayarannya yang biasa. Selawat itu adalah:




Shaikh Majduddin rah. Penyusun Qamus juga telah menyebut peristiwa ini dan mengesahkannya.

Kisah 2

Sebab disusun kitab Dala’ilul Khairat sangatlah masyhur.Satu ketika penyusun kitab ini sedang mengembara. Beliau berada di dalam keadaan yang sangat memerlukan air untuk mengambil wudhu tetapi tidak dapat mengambilnya daripada sebuah telaga. Ini kerana beliau tidak mempunyai timba dan tali. Melihatkannya, seorang perempuan bertanya keperluannya. Bila beliau menceritakannya, dia meludah kedalam telaga yang dengan kerana itu, air naik ke permukaan. Melihatkan peristiwa ini beliau begitu terperanjat dan bertanya apakah amalan baiknya yang menyebabkan perkara itu berlaku. Dia berkata bahawa itu hanyalah disebabkan banyak membaca Selawat. Disebabkan peristiwa itulah beliautelah menyusun Dala’ilul Khairat(sebuah kitab himpunan berbagai- bagai Selawat.)

Kisah 3

Menantu Maulana Faidul Hasan daripada Sharanpur meriwayatkan kepadaku: “ rumah tempat Maulana mati telah berbau harum selama sebulan. Daku menceritakan perkara itu kepada Maulan aMuhammad Qasim rah. Beliau memberitahu bahawa itu adalah kerana selawat yang dibaca oleh Maulana Faidul Hassan pada sepanjang malam tiap- tiap jumaat.

Kisah terakhir

Satu peristiwa telah dipetik di dalam Raudul Fa’iq daripada hadrat Sufyan Thauri rah. Beliau berkata : “ Satu ketika daku sedang melakukan tawaf(di Makkah). Daku terlihat seorang yang hanya membaca selawat sepanjang masa. Dia tidak pun mebaca doa yang lain. Daku bertanya kepadanya sebab yang dia melakukan amalan itu. Orang itu bertanya, “ Siapa kamu?” Daku menjawab, “ Daku ialah Sufyan”. Orang itu berkata : “ Jikalaulah kamu bukan daripada yang terbaik di dalam zaman ini, daku tidak akan memberitahu perkara ini. Satu ketika daku pergi mengerjakan haji ke Makkah bersama bapaku.Dia jatuh sakit di satu tempat. Daku mencarikan ubat tetapi dia telah menghembuskan nafasnya yang akhir dan mukanya berubah menjadi hitam. Daku begitu terperanjat dengan keadaan itu dan selepas berkata: “Sesungguhnya! Kita kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepadaNyalah kita dikembalikan”, daku menutupi mukanya dengan sehelai kain. Seketika kemudian daku tertidur dan bermimpi seorang yang sangat kacak memakai pakaian yang sangat kemas lagi bersih yang belum pernah dilihat sebelum ini. Baunya begitu harum yang belum pernah daku hidu. Dengan segera dia datang kepada bapaku dan selepas menyelak kain tutupan bapaku, dia membalik- balikkan tangannya di atas muka bapaku. Kerana itu, muka bapaku menjadi cerah semula. Bila orang itu kembali daku memegang kainnya dan bertanya: “ Semoga Allah mengasihanimu, Siapakah kamu? Allah begitu sayang kepada bapaku disebabkan kamu.” Dia menjawab, “Tidakkah kamu kenal daku? Dakulah Muhammad, anak kepada Abdullah. Bapamu seorang pendosa besar tetapi dia pernah membaca selawat dengan banyaknya. Sekarang daku memberikan syafaat kepadanya di dalam kedukaan ini. Daku memberi syafaat kepada semua mereka yang membaca Selawat  sebanyak- banyaknya.”

Begitulah kisahnya tentang peristiwa- peristiwa orang terdahulu berkenaan dengan selawat, jika tak banyak, sedikit pun terkesan di dalam hati kita itupun sudah cukup untuk saya dan anda berubah menjadi lebih baik.. Saya menyalin perkataan demi perkataan, mungkin ada  dua tiga perkatan yang terpaksa di ubah untuk menyesuaikan ayat. Yang lainnya anda boleh lihat susunan ayatnya macamana. Tapi yang paling penting adalah manfaat yang kita boleh dapat dari terjemahan ini..


No comments:

Post a Comment