Wednesday, 15 April 2015

Sunday, 4 January 2015

Agungnya Selawat Nabi


Sempena Malidurrasul dan tahun baru 2015 ini aku nak mulakan atau hebahkan satu perkara yang nampak dari segi zahirnya mudah dan senang serta di pandang sepi dan remeh oleh kita, tapi di sisi Allah ia adalah perkara yang besar dan hebat. Sehinggakan untuk perkara ibadat yang lain, puasa, solat haji.. Allah s.w.t memerintahkan umat Muhammad s.a.w melaksanakannya, tetapi berkenaan Selawat, Allahs.w.t sendiri dan malaikatnya dahulu berselawat barulah diarahkan umat nabi berselawat.. begitulah tingginya kehebatan selawat.. Allah, raja penguasa  langit dan bumi yang melakukan terlebih dahulu barulah diarahkan hambanya..

Jadi disini aku hendak merebut kelebihan ini dengan menyalin sedikit kelebihan- kelebihan Selawat di dalam satu kitab yang masyhur ‘Fadhail Selawat’ karangan Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya.

Hadith 1

Anas r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w telah bersabda, “Jika sesiapa mendengar namaku hendaklah dia mengucap rahmat(selawat) ke atasku. Bila seseorang mengucap satu rahmat ke atasku, Allah mengirim 10 rahmat keatasnya, mengampunkan 10 dosa-dosanya dan meninggikan 10 darjatnya (di syurga).”

Hadith 2

Hadrat Ammar bin Yassir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t telah melantik seorang malaikat di kuburku yang mempunyai kuasa mendengar  percakapan sekalian makhluk(Allah). Bila seorang memohon rahmat(berselawat) ke atasku, malaikat itu akan menyampaikannya kepadaku dan memberitahu namanya dan nama bapanya.”

Hadith 3

Hadrat Ubai bin Kaab r.a meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “berapa lamakah daku patut menghabiskan masaku untuk memohon rahmat ke atasmu(berselawat) di dalam doaku setiap hari?” Jawab baginda, “ sebanyak- banyak yang kamu boleh lakukan. “ Beliau bertanya lagi, “ cukupkah dengan seperempat daripada masa itu?”  Baginda menjawab, “Terpulanglah kepada kamu tetapi jika engkau tambah lagi ia adalah lebih baik bagimu. “Kemudian beliau menanya lagi, “Patutkah daku menghabiskan setengah daripada masa itu?. “Terpulanglah kepada kamu tetapi jika engkau tambah adalah lebih baik. “Hadrat Kaab sekali lagi bertanya “Adakah cukup dua pertiga daripada masa itu? “Rasulullah s.a.w sekali lagi menjawab , “Terpulanglah kepadamu, tetapi penambahan yang seterusnya akan menjadi terlebih baik. “ Mendengar sabdaan Rasulullah s.a.w itu, Hadrat Ubai bin Kaab r.a berkata, “Wahai Nabi Allah, sekarang daku berazam hendak menghabiskan keseluruhan masa itu(doa harianku) untuk memohon rahmat(berselawat) ke atas mu. “ Rasulullah s.a.w akhirnya bersabda , “Maka segala kebimbanganmu akan dihapuskan dan segala dosa- dosamu akan diampunkan.”

Di sini seorang ulama telah menyenaraikan kelebihan selawat dalam kitabnya.Allamah Sakhawi rah. Menyenaraikan kelebihannya, iaitu:

1.    Allah menghantarkan rahmat

2.    Para malaikat menghantarkan rahmat

3.    Rasulullah s.a.w sendiri menghantar rahmat

4.    Dosa- dosa diampuni

5.    Amalan baik dibersihkan

6.    Darjat- darjat ditinggikan(di akhirat)

7.    Ianya penebus dosa- dosa.

8.    Selawat itu memohon keampunan ke atas si pembaca

9.    Kebaikan sama dengan satu Qirat (yang sama dengan satu gunung Uhud) di tambah ke dalam buku catitan pembaca.

10.Kebaikan- kebaikan pembaca akan ditimbang di dalam neraca yang besar pada hari kiamat.

11.Orang yang membaca Selawat pada seluruh masa nafilnya, segala keperluannya akan dipenuhi dan dicukupi sebagaimana disebut dalam suatu hadith.

12.Segala kesalahan dihapuskan

13.Membaca selawat adalah lebih tinggi daripada membebaskan hamba- hamba

14.Ia melenyapkan ketakutan dan bahaya

15.Ia selaku cara mendapat kesaksian Rasulullah s.a.w pada hari kiamat.

16. Ia menyebabkan menerima syafaat yang pasti dari Rasulullah s.a.w

17.Kerananya timbangan kebaikan akan menjadi lebih berat pada hari kiamat.

18.Ia menyebabkan tertolaknya kemurkaan Allah.

19. Ianya menyebabkan mendapat perlindungan arasy pada hari kiamat.

20. Ia membolehkan menghampiri tempat Haudi Kauthar pada hari kiamat.

21.Ia menjauhkan daripada api neraka.

22.Ia adalah selaku satu cara untuk mudah melintas titi sirat.

23.Ia adalah satu cara bagi pembacanya untuk melihat tempatnya di syurga sebelum mautnya.

24. Untuk mendapat isteri- isteri(bidadari) di dalam syurga.

25.Ianya adalah lebih tinggi dari berjuang di dalam perang sabil(jihad).

26.Ianya sebagai ganti zakat bagi orang yang miskin.

27.Ianya adalah sebagai zakat(pembersih) bagi amal- amal kebaikan.

28.Ianya menyebabkan kemakmuran.

29.Disebabkan rahmatnya, lebih daripada seratus keperluan akan disempurnakan.

30. Ianya adalah ibadat yang pasti kepada Allah.

31.Ianya adalah amalan baik yang paling dicintai Allah...

Dan seterusnya imam Sakhawi telah menyenaraikan  sehingga 44 kelebihan selawat ini, dan sebenarnya beliau menyatakan bahawa kelebihannya sebenarnya lebih daripada itu.

Dan yang terakhir aku menyalin semula kisah- kisah berkenaan selawat di dalam kitab fadhail amal yang sebenarnya penulis itu sendiri mengambil dari sumber utamanya dari kitab Zadus Said karangan hadrat Thanwi rah.

Kisah 1

Telah dipetik daripada Minhajul Hasanat daripada Fajri Munir, ditulis oleh  Ibn Fakhani rah. Bahawa terdapat seorang yang soleh yang sering mengabdikan diri bernama Musa Darir. Beliau memberitahu satu peristiwa yang belaku kepadanya: “Daku sedang belayar dalam sebuah bahtera yang mulai hendak karam. Pada ketika yang sama rasa mengantuk menguasai diriku. Dalam keadaan itu Rasulullah s.a.w mengajar aku selawat yang berikut dan bersabda, “ orang- orang di dalam bahtera ini hendaklah membacanya seribu kali.” Baharu sahaja selawat itu dibaca sebanyak 300 kali bahtera itu telah kembali kepada pelayarannya yang biasa. Selawat itu adalah:




Shaikh Majduddin rah. Penyusun Qamus juga telah menyebut peristiwa ini dan mengesahkannya.

Kisah 2

Sebab disusun kitab Dala’ilul Khairat sangatlah masyhur.Satu ketika penyusun kitab ini sedang mengembara. Beliau berada di dalam keadaan yang sangat memerlukan air untuk mengambil wudhu tetapi tidak dapat mengambilnya daripada sebuah telaga. Ini kerana beliau tidak mempunyai timba dan tali. Melihatkannya, seorang perempuan bertanya keperluannya. Bila beliau menceritakannya, dia meludah kedalam telaga yang dengan kerana itu, air naik ke permukaan. Melihatkan peristiwa ini beliau begitu terperanjat dan bertanya apakah amalan baiknya yang menyebabkan perkara itu berlaku. Dia berkata bahawa itu hanyalah disebabkan banyak membaca Selawat. Disebabkan peristiwa itulah beliautelah menyusun Dala’ilul Khairat(sebuah kitab himpunan berbagai- bagai Selawat.)

Kisah 3

Menantu Maulana Faidul Hasan daripada Sharanpur meriwayatkan kepadaku: “ rumah tempat Maulana mati telah berbau harum selama sebulan. Daku menceritakan perkara itu kepada Maulan aMuhammad Qasim rah. Beliau memberitahu bahawa itu adalah kerana selawat yang dibaca oleh Maulana Faidul Hassan pada sepanjang malam tiap- tiap jumaat.

Kisah terakhir

Satu peristiwa telah dipetik di dalam Raudul Fa’iq daripada hadrat Sufyan Thauri rah. Beliau berkata : “ Satu ketika daku sedang melakukan tawaf(di Makkah). Daku terlihat seorang yang hanya membaca selawat sepanjang masa. Dia tidak pun mebaca doa yang lain. Daku bertanya kepadanya sebab yang dia melakukan amalan itu. Orang itu bertanya, “ Siapa kamu?” Daku menjawab, “ Daku ialah Sufyan”. Orang itu berkata : “ Jikalaulah kamu bukan daripada yang terbaik di dalam zaman ini, daku tidak akan memberitahu perkara ini. Satu ketika daku pergi mengerjakan haji ke Makkah bersama bapaku.Dia jatuh sakit di satu tempat. Daku mencarikan ubat tetapi dia telah menghembuskan nafasnya yang akhir dan mukanya berubah menjadi hitam. Daku begitu terperanjat dengan keadaan itu dan selepas berkata: “Sesungguhnya! Kita kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepadaNyalah kita dikembalikan”, daku menutupi mukanya dengan sehelai kain. Seketika kemudian daku tertidur dan bermimpi seorang yang sangat kacak memakai pakaian yang sangat kemas lagi bersih yang belum pernah dilihat sebelum ini. Baunya begitu harum yang belum pernah daku hidu. Dengan segera dia datang kepada bapaku dan selepas menyelak kain tutupan bapaku, dia membalik- balikkan tangannya di atas muka bapaku. Kerana itu, muka bapaku menjadi cerah semula. Bila orang itu kembali daku memegang kainnya dan bertanya: “ Semoga Allah mengasihanimu, Siapakah kamu? Allah begitu sayang kepada bapaku disebabkan kamu.” Dia menjawab, “Tidakkah kamu kenal daku? Dakulah Muhammad, anak kepada Abdullah. Bapamu seorang pendosa besar tetapi dia pernah membaca selawat dengan banyaknya. Sekarang daku memberikan syafaat kepadanya di dalam kedukaan ini. Daku memberi syafaat kepada semua mereka yang membaca Selawat  sebanyak- banyaknya.”

Begitulah kisahnya tentang peristiwa- peristiwa orang terdahulu berkenaan dengan selawat, jika tak banyak, sedikit pun terkesan di dalam hati kita itupun sudah cukup untuk saya dan anda berubah menjadi lebih baik.. Saya menyalin perkataan demi perkataan, mungkin ada  dua tiga perkatan yang terpaksa di ubah untuk menyesuaikan ayat. Yang lainnya anda boleh lihat susunan ayatnya macamana. Tapi yang paling penting adalah manfaat yang kita boleh dapat dari terjemahan ini..


Sunday, 14 September 2014

REZEKI



Rezeki cuti sekolah

Tangkapan pada 14/9/14 di lubuk baru..
Lampam, tengalan(4jari) & Lawang
 
 

Gambar di bawah adalah lubuk baru, pertama kali mencuba nasib di kawasan itu, daripada cerita pemancing tegar tempatan, kawasan itu adalah kawasan 'panas' bagi kaki pancing tempatan dan luar.. Walaubagaimanapun pada hari tersebut teman disambut dengan cuaca yang tidak menentu, tapi semangat untuk mencari 'rezeki' tidak pernah luntur..
 
 

Lubuk baru yang bakal di teroka


Ada kawan sebelah tu kata dia baru terlucut tengalan kira- kira sebesar 2 tapak tangan, sebelum aku sampai... tengalan tu dah sampai ke tebing sungai, tetapi tersangkut di celah batu/plastik, lalu terlucut... uuyooh..

Thursday, 4 September 2014

Buah Kulim

Dekat sini aku nak berkongsi sikit berkenaan umpan yang ampuh untuk menjerat ikan tengalan, lampam.. Yang pertamanya memangle kena pastikan yang sungai yang kita mancing tu ada ikan tu.. sebabnya bukan semua sungai ada ikan tu.. kalau kome nak mancing ikan tu, antara sungai yang banyak ikan tu sungai Perak le jawabnya.. tempat lain aku tak pasti le.. Yang keduanya tentang umpannya disini aku menggunakan umpan utamanya buah kulim.. Buah kulim ni aku jamin ramai yang tak pernah tengok.. 

 Dari segi fizikalnya adalah seperti di atas.. mempunyai tempurung yang keras dan mempunyai isi yang berwarna cerah dan agak lembut.. tapi kalau dibiarkan lama- lama akan jadi gelap dan keras.. Baunya seakan bau bawang putih tetapi lebih menyengat.. 'Mem besar' aku tu memang merungut kalau aku bancuh umpan tu.. tapi bagi sesetengah orang boleh terima bau tu.. tapi hasilnya:


 
 
di bawah ni  ada sedikit maklumat tentang pokok kulim dari wikipedia:
 

'Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Scorodocarpus borneensis Becc. Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah, Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Ia dikatakan asal nama bandar Kulim.
Pokok Kulim merupakan pokok malar hijau serdahana sehingga besar sehingga ketinggian 40(-60) m, kesemua bahagian berbau bawang putih; bole columnar, tanpa cabang sehingga 25 m, garis pusat sehingga 80(-150) cm, sering kali lurus, kadang-kala memiliki banir kecil; permukaan kulit pokok merekah cetek dan berkeping menjadi kepingan segi empat nipis, kelabu-perang sehingga merah-perang, bahagian dalam batang bergentian, merah-keunguan, bahagian dalam dengan tompokan kuning bata.'

Mutakhir ni ramai orang dah mula mengamalkan memakan buah kulim ni. Terutamanya kemujarabannya melawan penyakit2 tertentu.. Dan sudah ada orang menghasilkan produk berasaskan buah kulim dan mengkomersialkannya.. Antara penyakit yang mujarab adalah seperti penyakit buah pinggang.. Daripada testimoni2 yang aku baca, ada pesakit- pesakit yang sudah pada tahap kritikal bila mengamalkan buah ini telah mula mengalami perubahan yang sangat memberangsangkan..

So bagi sesiapa yang inginkan buah ini, aku ada stok.. Dan kalau hendak bolehlah kontek aku... Pasal buah ni memang kome tak jumpa di tepi jalan atau di kampung- kampung.. pokoknya kebiasaannya di dalam hutan banat.. So kepada pemancing- pemancing tegar kalau nak mencuba buah ni @ kepada yang nak mengamalkannya untuk perubatan bolehlah kontek aku   ;0194373305. Sorry kepada pembaca yang ingin mendapatkan buah kulim tu, sekarang aku dah tak hantar melalui pos, by hand je dan satu lagi buah ni bermusim, kalau bukan musimnya, maksudnya takde stokle.

Wednesday, 13 August 2014

Gaza


Sudah hampir sebulan(14/8/14) Tentera zionis Israel mengebom Gaza. Seumpama perlawanan bola antara German lawan Bangladesh.. Berat sebelah. Kemusnahan bernilai belasan billion untuk dibaik pulih.. Ratusan rakyat awam terbunuh. Dan ribuan hilang tempat tinggal.. Walaupun seluruh dunia mengutuk dan mengecam.. tapi sudah namanya bangsa yahudi.. kalau setakat bangsa-bangsa lain ni depa buat dekk jee, sedangkan nabi depa malah nabi Muhammad SAW pun depa khianati inikan pula orang awam macam kita ni..  Tapi malapetaka yang berlaku ni mengingatkan aku tentang ‘post’ aku sebelum ini.. memang aku agak dan ternanti apa bencana fitnah yang akan dihadapi oleh dunia Islam setelah petanda komet Ison berlalu di hujung tahun 2013. Yang mana komet ini telah mendatangkan takjub kepada ahli astronomi dan ramai penduduk dunia menanti dan mengikuti perkembangan komet tersebut dan setelah komet itu ‘beraksi ‘ kemudian ia kembali beredar mengikut orbitnya semula.. Mungkin apa yang berlaku di Gaza ini hanyalah permulaan kepada perkara yang lebih besar ‘Armageddon’, kerana 1 dunia dah mula marah kepada bangsa Yahudi ni.. Tidak mustahil perang lebih besar akan berlaku.. Bersedialah kita, dari pelbagai segi..... iman... wang.. makanan.. dll

The latest pictures show a brand new tail feature emerging from the comet’s bulbous coma. For months, amateur and professional astronomers alike have watched ISON’s slowly growing dust tail that now stretches nearly half a degree or a full moon’s diameter. In the past two days, photos taken by amateur astronomers reveal what appears to be a nascent ion or gas tail. Damian Peach’s Nov. 6 image clearly shows two spindly streamers.
Saidina Ali k.w.h telah mengungkapkan dalam catatannya yang bertajuk Jufr Ahmar, "Kedatangan Al-Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad, dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang jahat.”

Sunday, 15 December 2013

PULAI TREE/POKOK PULAI for sale/di jual.




Aku memang perasan dekat kebun mak aku tu ada 4 pokok hutan yang ‘sengaja’ dibiarkan dicelah- celah kebun getah... Aku rasa mesti ada sebab kenapa tok aku biarkan pokok tersebut... So hasil pencarian aku kat internet aku dapat jawapan nama salah satu pokok tersebut... POKOK PULAI... Pokok pulai ni pun ada beberapa jenis... Tak taulah pulak pokok tu jenis yang mana.. tapi secara amnya pokok Pulai ni bersifat kayu balak yang agak lembut.. biasa digunakan menjadi kayu ukiran, kasut kayu,kayu binaan, batang pensel dll... Aku ingatkan pokok Pulai ni jenis kayu balak yang keras, Sebab batang pokok tu adalah sepemeluk setengah dan agak keras..

So mak aku pun dalam ura- ura nak buat penanaman semula pokok getah ni, rasanya rugi kalau ditebang begitu sahaja pokok2 hutan itu.. Nak jual pun aku tak tahu kat sape dan berapa hargenya... Setelah mencari di internet aku telah terjumpa satu iklan berbahasa Indonesia berkenaan kayu ini bertarikh tahun 2002.. disana pun mereka panggil  kayu Pulai atau kayu pule... Nak tahu berapa depa letak?  25 000 000 rupiah..fuhh.. boleh tahan juga harganya..  kira- kira RM10000/sepokok

Bagi aku memang depa boleh letak harga macam tu kat sana... kerana pulau Jawa memang terkenal dengan ukiran kayu, topeng muka dll produk berasaskan ukiran kayu...Di tambahkan lagi pokok ini memang susah nak jumpa..

So aku pun nak jual kepada sesiapa yang nak beli Pokok Pulai aku tu.. ukurlilitnya adalah sepemeluk setengah.. Sesiapa nak beli boleh bagitau kat aku
 



Lagi 3 pokok tu aku tak tahu apa pokoknya tapi ketiga- tiga tu jenis yang sama.. Aku rasa bukan pokok balak.. Tunggu Info seterusnya tentang pokok tersebut

Pokok Gaharu/ Karas


Pokok gaharu sebesar 3 pemeluk di Hutan Simpan Kledang Saiong

Pada tahun 2009 aku telah membeli 9 anak pokok gaharu di ekspo pertanian di Sungai Siput, Perak..Kalau tak Silap sepokok harganya RM10.. Selepas itu kesemua pokok tu telah aku tanam di tanah pusaka emak aku kat Gopeng.. adale  tak sampai seekar, kebun getah tua... Selepas 4 tahun.. aku mencari semula pokok yg aku tanam... ada yang dah tenggelam dengan semak samun.. So biasalah kena gunalah tulang 4 kerat aku tu menebas dan mencari pokok- pokok tersebut.. So adalah tinggal 4 pokok jerr.. ada yang kena ganyang dengan kerbau, kena hempap pokok dll...

Hasil pencarian aku di internet berkenaan gaharu telah membawa aku kepada seorang penanam pokok gaharu yang berjaya..walaupun dia berkecimpung pada tahun yang hamper sama dengan aku, tapi sekarang ni beliau boleh dikatakan hartawan kut... dipendekkan cerita, aku telah membeli ‘inokulan’ secara dalam talian.. Inokulan adalah  sejenis cecair yang disuntik kedalam pokok tu... apa tujuannya?.

Inilah kelebihan gaharu... Pokok karas/gaharu/depu ni istimewanya ialah kalau batang pokoknya di serang oleh bacteria/penyakit, maka pokok tersebut akan melawan jangkitan tersebut, akibatnya terhasillah satu kawasan gelap(teras) dikawasan tersebut... dan pokok ini sebenarnya sudah digunakan sejak ribuan tahun dahulu... Terutamanya orang timur tengah sangat menggilai minyak wangi yang terhasil daripada teras itu... harganya boleh mencapai puluhan ribu sekilogram..

Dan sekarang ini dah semakin ramai orang menanam pokok ini secara ladang, di Kelantan, Kedah dan yang terdekat ialah di Gopeng sendiri.. apake namanya, lupa plak... Taukenya seorang Cina yang telah menanam pokok gaharu seluas beratus ekar... dan ramai pengunjung telah  melawat ladang tersebut... Tapi kalu dah ramai yang tanam dalam skala mega ni, harganya nanti pada masa depan apa akan jadi? Meskipun diwar-warkan permintaan di seluruh dunia masih tidak mencukupi .. Bagi aku pula, saja2 je tanam.. isi masa lapang.. tak rugi apapapun ya dak..

Sebelum sutikan di buat:(gambo2 sumenye tunggang terbalik, tak reti teman nak ngejasnye)
 


 inilah hasil daripada suntikan yang di buat..

 
 

 

Kalau kena caranya seperti mana encik Jamar tunjukkan dalam laman Webnya, dalam masa berbulan dah boleh kutip hasil... Tapi bagi aku yang bukannya buat perkara ini secara komersial, mungkin akan biarkan pokok tu bertahun lama... Memang, kalau nak ikutkan pokok gaharu yang dihutan tu sangat mahal kerana pokok itu berusia ratusan tahun dan menghasilkan teras bergred A... Tapi kalu orang yang hasil pencariannya dengan gaharu ni takkan nak tunggu puluhan tahun.. nak bagi anak bini makan apa?.. so dengan suntikan tulah dapat mempercepatkan pembentukan teras gaharu tu.. walaupun tak setanding dengan yang di hutan tapi harganya pun masih mahal.. so dalam tempoh 4-6 tahun dah boleh kutip hasil..

diharapkan hasil kerja aku  nanti akan jadi  seperti ini...(Credit kepada laman Web gaharucandanku milik En Jamar)

 


 

                                                   Kawasan yang gelap itulah gaharu               
 

 Kawasan yang gelap itu akan dikikis dan seterusnya di proses menjadi minyak wangi.
 

Inilah yang dikatakan sambil menyelam minum air.. Tak rugi berbudi pada tanah..